Company kami GoBig Travel & Tours, wakil Kereta Sewa di Bandar baru Uda, Johor Bahru, Johor telah lama menerima credit card sebagai salah satu transaksi jual beli selain tunai untuk urusan sewa kereta dari kami.
Dan kini, disebabkan kemajuan teknologi yang terlalau pantas, berbagai-bagai mata wang digital atau dipanggil "cryptocurrency" telah dicipta dan diguna pakai dalam transaksi harian sekarang ini. Salah satu cryptocurrency yang mula-mula dicipta dan telah diterima pakai oleh dunia global pada masa kini adalah "bitcoin".
Jadi bermula sekarang, syarikat kami juga menerima BITCOIN sebagai salah satu cara transaksi untuk menyewa kereta kami.
Apa Itu Bitcoin ?

Bitcoin adalah cryptocurrency.
Atau dalam bahasa lebih mudah, matawang digital (digital currency).
Bitcoin dicipta oleh ‘Satoshi Nakamoto’ pada Januari 2009. Berbeza dengan virtual currency, Bitcoin boleh digunakan sebagai medium pertukaran untuk memiliki sesuatu barang dan perkhidmatan dalam dunia sebenar. Sudah tentu oleh oleh mereka yang menerima bitcoin sebagai mode of payment.
Bitcoin juga adalah digital currency yang bersifat decentralized. Maksudnya, tidak seperti Ringgit Malaysia yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Bitcoin tidak ada financial regulator seperti BNM. Memandangkan ia adalah decentralized digital currency, ada satu aktiviti penting yang membolehkan bitcoin ini berfungsi dengan baik sebagai matawang iaitu bitcoin mining.
Bitcoin Sebagai Pelaburan ?
Setakat ini saya tidak pernah terlibat dalam apa-apa transaksi Bitcoin.
Dan saya lebih melihat Bitcoin sebagai medium of exchange.
Memetik kata-kata Warren Buffett:
Whether the currency a century from now is based on gold, seashells, shark teeth, or a piece of paper (as today), people will be willing to exchange a couple of minutes of their daily labor for a Coca-Cola or some See’s peanut brittle. In the future the U.S. population will move more goods, consume more food, and require more living space than it does now. People will forever exchange what they produce for what others produce.
Sekiranya ia adalah aset pelaburan sekalipun, maka sudah tentu rule of investment terpakai. Antaranya, berhati-hati dengan peluang yang menjanjikan dapat menjadi jutawan bitcoin dengan sekelip mata.
Bitcoin Halal Atau Haram ?
Ada situasi dapat berlaku.
- Sekiranya Bitcoin sudah disepakati sebagai matawang. Maka sudah tentu hukum Shariah bay’ sarf diguna pakai. Hukumnya sama seperti jual beli emas, perak dan duit kertas.
- Sekiranya Bitcoin ini akhirnya menjadi komoditi digital sahaja, maka jual beli lah sesuka hatimu.
Kita tunggu sekiranya Shariah scholar membuat penyelidikan mengenainya.
Bagaimana Untuk Mendapatkan Bitcoin?
Ada cuma 2 cara untuk mendapatkan bitcoin, sama seperti bagaimana anda mahu mendapatkan emas:
1) Dengan cara anda membeli dari sesiapa yang mempunyai bitcoin.
2) Dengan cara melombong (mining) bitcoin tersebut menggunakan mesin yang dicipta untuk melombong bitcoin tersebut.
Bagaimana Untuk Memulakan Aktiviti Jual Beli Bitcoin di Malaysia ?
Untuk melakukan jual beli bitcoin anda terlebih dahulu perlu memliliki digital wallet, dimana tempat untuk bitcoin anda disimpan. Terdapat pelbagai jenis wallet yang ada untuk bitcoin, Blockchain, Luno, Mycelium dll.
Setakat ini dahulu perkongsian saya mengenai bitcoin. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai bitcoin di google.
0 comments:
Post a Comment